blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

MANEK URAI : PAS MENANG

Tuesday, July 14, 2009
Tahniah, PAS menang!!
BN: 5283
PAS:5348
PAS menang dengan majoriti 65 undi...
Satu keputusan yang dijangkakan seperti maklumat awal tidak rasmi.. Tetapi dengan majoriti yang berbeza.
Apa pun tahniah kepada Pakatan Rakyat
: Author Faethal
Read Full 0 comments

MANEK URAI : Terkini! (Update 5.00 ptg)


MARI KITA BANDINGKAN KEPUTUSAN MALAM INI!!

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Selasa, 2009 Julai 14

MANEK URAI - JAM 4.50 PETANG - TERKINI!!


Jumlah turun membuang undi ialah 85 peratus. Satu rekod. Dari risikan awal calon Pakatan Rakyat akan menang dengan majoriti 1700 undi. Sama-sama kita tunggu laporan Rasmi malam ini.

5:00 pm- Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa sahaja oleh pihak SPR

Semua tempat mebuang undi ditutup. jangkauan awal mengatakan 86% pengundi keluar keluar mengundi. sama-sama tunggu keputusan. satu kejadian kemalangan berlaku di hadapan SK Perial

4:50 pm- Maklumat yang baru diterima mendapati Markaz induk BN ditepi jalan utama Kuala Krai-Gua Musang telah mula kosong mengikut pemberi maklumat sekitar jam 3.30 petang tadi.

Gambaran ini mungkin menjawab desas desus yang kedengaran setakat ini hampir disahkan 5 dari 9 peti undi telah pun dimenangi oleh PAS setakat ini.

4.39 petang - Calon PAS, Abe Uji tiba di markas Induk PAS. Para penyokong menyambut dengan laungan takbir berkali-kali

4:34pm: Pihak keselamatan memberitahu bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Ini suatu petanda bahawa BN sudah Kalah!

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin BN lain sudah meninggalkan Manek Urai menuju ke Kota Bharu dengan diiringi polis trafik.

4.22pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 4 petang tadi sudah mencecah 86.4 peratus atau 10,626 pemilih menunaikan tanggungjawab - sejam lagi sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

4.16 petang - Calon PAS, Abe Uji dalam perjalanan menuju ke Markas Induk daripada UPU Temali

4.15 petang - Peratusan yang telah keluar mengundi sebanyak 84 %

Kenderaan bergerak sangat perlahan dari persimpangan Manek Urai Baru ke Sungai Perial


4:10 pm petang - Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.

4:10 pm - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

4:04 pm: Sementara itu, mengulas mengenai sikap penyokong PAS yang mengibarkan bendera pada kenderaan mereka, Musa berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya mengenakan tindakan saman terhadap mereka yang berkenaan.

Katanya tindakan mereka itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, selain diri sendiri kerana bendera bersaiz besar yang dipasang pada kenderaan boleh menghalang penglihatan pemandu.

3:59 pm- Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini

3.57 petang - Di Temali, calon PAS tiba di pusat pengundian. Beliau disambut oleh kira-kira 150 penyokong dan diiringi dengan bacaan doa

3.56 petang - Seramai 150 hingga 200 penyokong PAS kembali berkumpul di hadapan pusat pengundian Sungai Peria
3.09 petang - Seorang petugas muslimat PAS Perak, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN



3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh

2.53 petang - Di Pria, kedua-dua penyokong PAS dan UMNO mula berehat. Aliran pengundian semakin berkurangan

2.50 petang - Perayu-perayu undi BN mula meninggalkan tempat di Manek urai Baru. Hanya kelihatan 4 orang sahaja.

2.49 petang - Di Manek Urai Baru, pihak SPR telah membenarkan pemerhati barung dari PAS berada bersama barung SPR selepas berunding dengan pihak polis oleh YB datuk Takiyuddin.

2.46 petang - Pengundi luar berpihak kepada PAS. Sebanyak 81.75 % daripada 2200 orang telah keluar mengundi.

2.38 petang - SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

2.30 petang - Mengikut culaan selepas 75% keluar mengundi, PAS mendahului lebih kurang 1000 undi.Jika peratus undi bertambah, BN mungkin akan kalah teruk

2.00 petang - Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat di UPU Chuchu Puteri

1.50 tengahari - Anak-anak Abe Uji turut serta mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.

Di Lata Rek setekat jam ini, petugas Pas masih kelihatan kuat meraih undi berbanding petugas BN yang nampaknya semakin putus asa, namum pada masa yang sama masih melalukan perangai yang tidak baik.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang telah melawati 4 buah UPU memberitahu, PAS mendahului 52%.

1.30 petang - Suasana ditempat mengundi

1.16 petang – * SPR diramalkan umum keputusan jam 8.00 malam.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks