SinopsisPada era Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menjadi Menteri Besar Selangor bermulanya penentangan secara terang-terangan UMNO terhadap Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Masalah antara Menteri Besar UMNO dengan Sultan Selangor sebenarnya sudah berlaku sejak selepas Merdeka lagi iaitu bermula dengan Abu Bakar Baginda, diikuti oleh Harun Idris, Hormat Rafie dan Ahmad Razali.. Namun begitu masalah ini dipendamkan oleh para Menteri Besar bagi menghormati sistem dan institusi kesultanan.
Namun begitu, pendekatan Muhammad Muhd. Taib ialah dengan mendedahkan masalah yang dihadapi. Sempena perhimpunan UMNO 1991, UMNO Selangor memberi kepercayaan kepada Menteri Besar untuk memberitahu perhimpunan kononnya Sultan Selangor sering campurtangan dalam pentadbiran negeri disamping mendedahkan permohonan-permohonan Sultan untuk mendapatkan peluang-peluang perniagaan oleh tauke-tauke Cina uang mengelilinga istana.
Beliau membuat teguran itu kononnya kerana perihatin masalah rakyat, dan demi menegakkan pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang sudah tercemar.