blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PPSMI Mansuh.. Apa kata mereka?!

Wednesday, July 8, 2009
“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris,” - Muhyiddin Yassin

Syukur akhirnya PPSMI dimansuhkan.
Walaupun tempoh pemansuhannya 2012 tapi kerajaan akur kepada tuntutan rakyat.
Biarlah tindakan itu samada berbaur politik atau apa, yang penting ia akan menyelesaikan masalah di sebalik isu berkenaan. Tahniah diucapkan kepada Muhyiddin kerana berani mengambil tindakan itu tidak 'tercungging-cungging' seperti Hishamuddin - MSO

Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang - Che Det

Johor Daily percaya dalam masa tiga tahun, rakyat akan lupa isu PPSMI ini. Penipuan ala Hishamuddin ini dipercayai boleh memperdayakan semua pihak agar diam sehingga Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Dan jika ada penentangan selepas ini, pemimpinan BN akan berkata, pejuang bahasa melayu tidak tahu bersabar. - johornews.blogspot.com

Ia merupakan teknik menipu cara Menteri Pendidikan lalu, Hishamuddin Hussein mengenai isu yuran sekolah yang telah dimansuhkan. Pada tahun 2008, Hishamuddin telah mengumumkan semua yuran dimansuhkan. Apabila Muhyiddin Yassin dilantik dalam beberapa hari , semua sekolah di seluruh negara kelolaan kerajaan pusat telah menghantar yuran kepada ibubapa - Tukar Tiub

Apa kata Pulak Dah!!,
" Meluat tengok pemimpin-pemimpin UMNO melayu yang Ngok!!
Pasal apa...kat TV3 bukan main lagi cakap keputusan Muhyidin bagus, bijak. Memikirkan masa depan melayu.
Padahal mereka inilah yang membodek PPSMI di era Dr Mahathir. Pooorah!
Semua menikus bila Dr.Mahathir mengumumkan PPSMI. Sekarang semua memuji dasar ini silap dan sebagainya.
TETAPI...
Musykil kerana dasar ini diwujudkan serta merta,
Tetapi kenapa memansuhkannya memakan masa sehingga 3 tahun?,
Oh ya!..kerana Melayu mudah lupa agaknya..
: author faethal
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks