blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Sekitar Program Gerakan Mansuhkan PPSMI di Muar - Part 1

Monday, July 6, 2009
Malam tadi saya berada di program Gerakan Mansuhkan PPSMI yang dianjurkan oleh Keadilan Muar & Ledang di tempat kelahiran sendiri, di Muar. Walaupun masih keletihan di siang hari kerana urusan menyambut kelahiran puteri yang pertama, namun tidak mematahkan semangat saya untuk berada di program yang bakal mencorakkan sistem pendidikan masa hadapan untuk anak-anak kita.


Banner yang tergantung di hadapan Muar Traders Hotel (Bekas Bangunan UMNO Muar). Ironisnya, kebanyakkan program PR kerap diadakan di bangunan ini.
Sebelum program dimulakan,SN Datuk A Samad Said sempat duduk bersama saya sambil berbual dan berbincang akan apakah yang akan diumumkan oleh kerajaan UMNO BN berkaitan PPSMI ini pada hari Rabu 8 Julai 2009 ini. Jika kerajaan BN masih berdegil, bermakna hanya Bahasa Undi sahaja yang didengan oleh BN. Maka masa yang paling sesuai untuk menghukum UMNO BN ialah di Manek Urai.
Kekecewaan SN Datuk A Samad Said juga diluahkan dalam puisi yang dibacanya sebelum merasmikan majlis. Puisi yang bertajuk 'Peludah Bahasa' sangat bermakna dan sesuai sekali di untuk UMNO BN sebab memang ternyata UMNO BN lah yang mengubah dasar sehingga tulisan jawi terkubur dulu. Dan sekarang Bahasa Melayu pula!.

Majlis di mulakan dengan Ceramah oleh A Samad Said berkenaan isu bahasa melayu yang dilacurkan oleh kerajaan UMNO BN.

"Inilah padahnya apabila negara ditadbir oleh golongan bangsawan & niagawan", kata-kata yang sering diucapkan oleh SN Datuk A Samad Said malam tadi.
Demi menjaga kedaulatan bahasa melayu, SN Datuk A Samad Said tetap berjuang ke seluruh tanah air berkenaan isu bahasa ini walaupun mencecah usia 75 tahun.
Syabas Datuk !
Insya'Allah, perjuangan kita ini tidak sia-sia.
:author faethal


Penulis bersama SN Datuk A Samad Said sebelum program dimulakan




Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks