blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kes Pathmanathan@Riduan Abdullah.. Mana Suara Menteri UMNO Pembela Agama, Bangsa & Negara?

Thursday, July 2, 2009
Tahniah kepada YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Majlis Raja-Raja yang membuat keputusan bijak pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) ke-217 di Istana Negara



Institusi beraja masih lagi relevan sebagai pembela umat Islam di Malaysia. Yang pastinya menteri-menteri UMNO yang bertanggungjawab menjaga AGAMA, BANGSA & TANAH AIR hanya pandai menanam tebu di tebing bibir.

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja telah menangguhkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) yang mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bercanggah dengan hukum syarak. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan menjelaskan, mesyuarat khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dulu berhubung cadangan berkenaanPada 22 April lalu, Kabinet memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama. Selanjutnya di sini.
Keputusan Kabinet & Implikasinya.
Ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan kabinet. Sekalipun ruang perdebatan kononnya dibuka, namun ia telah meninggalkan kesan yang bukan saja menyulitkan keadaan, ytapi dilihat seolah-olah meletakkan agama Islam setara dengan agama-agama lain. Berdasarkan khabar yang diperolehi, keputusan yang dibuat oleh menteri Melayu beragama ISLAM ini adalah hasil daripada aduan yang dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan Islam yang mendesak kabinet campur tangan dalam pertiakaian kes yang melibatkan Muhammad Riduan.

Kontroversi Keputusan
1. Kabinet memutuskan bahawa seorang anak yang ibu atau bapanya bertukar agama, anak itu kekal dalam agama asalnya. Keputusan ini daripada sudut perundangan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 12(4) yang memberi hak kepada ibu bapa atau penjaga menentukan agama anak-anak mereka yang berusia bawah 18 tahun.

2. Keputusan seseorang bukan Islam yang menganut agama Islam, perkahwinannya tidak terbatal mengikut undang-undang sivil yang didaftarkan perkahwinan sebelum itu. Walhal dalam undang-undang Islam, apabila salah seorang pasangan tersebut bukan Islam atau menjadi bukan Islam, maka dengan sendirinya ikatan perkahwinan tersebut terbatal.

3. Keputusan kabinet ini bukanlah satu undang-undang kerana kabinet sebagai badan eksekutif tidak berhak membuat undang-undang. Hanya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja berkuasa membuat undang-undang. Ia merupakan keputusan yang melangkaui bidang kuasa kabinet itu sendiri.



Apabila Menteri yang dilantik jahil dari segi agama, porak perandalah negara! Mendatangkan kemurkaan yang Maha Pencipta! Maka datanglah segala bala ! Selsema Babi salah satu waba bencana!

4. Dari sudut kuasa-kuasa negeri, telah ditetapkan bahawa Islam adalah di bawah kuasa negeri. Hal-hal berkaitan agam Islam terletak di bawah kuasa kerajaan negeri yang diketuai oleh Raja-raja negeri tersebut. Oleh itu, kabinet juga tidak berkuasa dalam mencampuri hal-hal berkaitan kuasa negeri berkenaan.

5. Keputusan kabinet itu juga bertentangan dengan keputusan mahkamah-mahkamah terdahulu seperti Subashini lawan Saravanan dan kes Shamala yang memutuskan, ibu bapa berhak menentukan agama anak-anaknya yang berusia bawah 18 tahun. Oleh itu keputusan kabinet tersebut bertentangan dengan perlembagaan, kuasa-kuasa negeri, hukum Islam dan keputusan-keputusan mahkamah terdahulu.

Sumber : Al-Islam Julai 2009
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks