Ok..mari belajar sejarah..
Sejarah penderhakaan Melayu yang terkenal ialah Hang Jebat.
Hari ini jika persoalan Hang Tuah dalam filem Seniman Agung P.Ramlee yang berbunyi
"Siapakah yang benar, akukah yang benar atau Jebatkah yang benar?"
Maka jawapannya ialah Jebat. Kerana Jebat menuntut keadilan dan mewakili suara rakyat marhain. Suara Rakyat lebih besar dari suara di raja.Setuju?
Tanpa rakyat siapalah Sultan. Opps..bukan aku kata,tapi Sultan sendiri bertitah begitu.
Senang cerita,pulangkanlah hak rakyat kepada rakyat.
Kata mengamalkan demokrasi, amalkanlah...
Kata Rakyat didahulukan, dahulukanlah..
Jangan hanya pandai bermadah,
Sehingga bergetar guruh dilangit tapi..
Kecut di hati siapa yang tahu.
Biar rakyat yang memilih..
Jika PR menang, PR lah yang memerintah,
Jika BN menang, nah perintahlah..
The End,Tamat,Khalas,Fin.
Tapi...
Kerana takut kepada kebenaran,
Bergendanglah lagu kononnya Nizar penderhaka,
Derhaka kerana tidak setuju dengan keputusan Tuanku Sultan Perak,
Ya...kenapa harus bersetuju,
Bukankah rakyat telah memilih wakil mereka,
Tapi wakil-wakil lompat ini sudah khianat kepada kawasan masing-masing,
Sehingga wakil-wakil khianat ini tidak berani balik ke kawasan masing-masing,
Dihalau dan dihina oleh kawasan mereka!! Mana nak taruk muka?
Maka tuanku..kembalikan kepada rakyat.
Biar mereka yang memilih.
.jpg)