blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kenapa PAS lebih baik daripada UMNO..

Monday, June 15, 2009
An Nisa 58 - 59
surah an Nisa ayat ke 58-59:

"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."

Syarat-syarat menjadi Pemimpin & Kriteria mereka yang berhak dipilih atau dilantik melalui proses demokrasi

  • Beriman & Bertakwa : Pemimpin mestilah di kalangan orang yang beriman & bertakwa agar ia menjadi contoh tauladan di dalam beramal dan menghayati Islam. Haram memilih pemimpin yang bersifat munafiq atau fasiq di dalam perbuatan dan pertuturan.

  • Berilmu pengetahuan : Pemimpin mestilah berilmu pengetahuan khasnya ilmu agama yang bersumber dari al-Quran dan hadith, agar akidahnya betul dan syariatnya jelas.

  • Bijaksana : Pemimpin mestilah bukan jahil agama apatah lagi orang yang cerdik buta al-Quran dan hadith dari rakyat yang hendak dipimpin.


  • Amanah : Pemimpin mestilah amanah di dalam memimpin bukan orang mengambil kesempatan untuk memperkayakan diri serta kroni-kroninya.
  • Adil : Pemimpin mestilah adil di dalam memimpin rakyat tanpa mengira kedudukan atau pilih kasih.



  • Ada Wawasan : Pemimpin mestilah ada wawasan, bukan menjahanamkan negara dan rakyat dengan wawasan-wawasan yang tidak islamik.

  • Dasar sumber rujukan untuk memimpin : Pemimpin mestilah menjadikan al-Quran, sunnah, ijma' ulama' dan qias sebagai sumber rujukan memerintah negara. Bukan undang-undang penjajah.

  • Toleransi : Pemimpin mestilah ada sifat timbang rasa kepada rakyat yang berbilang bangsa, agama, adat resam dan warna kulit dengan cara memahami kehidupan mereka.

  • Kifayah : Pemimpin mestilah bertanggungjawab, teguh, kuat dan cekap untuk menjalankan pemerintahan, memajukan negara dan agama, sanggup membela keduanya dari segala ancaman musuh.

  • Sejahtera pancaindera & anggota : Pemimpin mestilah sejahtera pancaindera dan anggotanya, dari segala yang mengurangkan kekuatan berfikir dan kekuatan jasmani atau tenaga bekerja.



  • Kejujuran : Kejujuran dan keikhlasan serta bertanggungjawab dalam menyampaikan amanah kepada ahlinya (rakyat) dengan tidak membeza-bezakan bangsa dan warna.



  • Keadilan : Keadilan yang mutlak terhadap manusia sejagat tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan agama.

  • Tauhid : Mentauhidkan Allah swt sebagaimana diperintahkan dalam ayat-ayat al-Quran supaya mentaati Allah dan Rasulnya.

  • Kedaulatan rakyat : Kedaulatan rakyat yang dapat difahami dan perintah Allah yang mewajibkan kita taat kepada Ulil Amri (wakil-wakil rakyat), selagi pemimpin itu tidak menyuruh kepada maksiat. Jika sebaliknya maka rakyat harus menentang dan menukar pemimpin tersebut kepada kepimpinan Islam.)
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks