blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Mengenang Almarhum Syeikh Fathi Yakan..

Sunday, June 14, 2009
Semalam mendapat berita bahawa Ustaz Fathi Yakan sudah meninggal dunia kerana mengalami serangan angin ahmar.

Kita kehilangan satu permata Islam yang bersinar ke seluruh dunia. Tetapi kematiannya tidak akan melenyapkan terus semangat ruhul jadid yang sentiasa segar dalam ingatan hasil kata-katanya dalam hampir 35 buah bukunya.

Siapa Fathi Yakan
Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Beliau telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Meninggalkan balu Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki).

Beliau merupakan diantara tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam, bahkan merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan juga menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa.

Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi. Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992.

Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference). Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.


Ulama Fathi Yakan Memperkatakan Kemenangan Hizbullah
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks