blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Perpaduan apakah diharapkan pada UMNO!!

Sunday, June 7, 2009
Mengapa UMNO baru sekarang begitu ghairah dengan isu Kerajaan Perpaduan kononnya untuk menguatkan perpaduan orang Melayu ?.

Sebenarnya, apa yang pasti UMNO lah yang telah memecahbelahkan perpaduan dan kesatuan orang-orang Melayu.

Mari kita lihat sejarah sebagai bukti.

1. Perpecahan Melayu Pertama tahun 1948
Selepas penubuhan UMNO pada tahun 1946 yang menggabungkan 11 Persatuan Melayu Negeri. Orang Melayu bersatu di dalam UMNO hinggakan berjaya menggagalkan percubaan British untuk menubuhkan gagasan Malayan Union. Namun segalanya musnah pada 17 Mac 1948.
Satu persidangan Islam Se-Malaya telah diadakan di Gunung Semanggol yang menghimpunkan para Ulama seluruh Malaya bagi membincangkan hala tuju perjuangan bangsa Melayu. Persidangan tersebut telah menyatakan kekecewaan terhadap UMNO kerana tidak bersungguh-sungguh mempertahankan hak Islam dan Melayu dalam perjuangan kemerdekaan mereka. UMNO dilihat lebih banyak mengikut telunjuk British dan lebih menumpukan untuk memperoleh kuasa selepas merdeka daripada mempertahankan hak-hak Islam dan Melayu.
Teguran Ulama dalam persidangan ini tidak diambil serius oleh UMNO, sebaliknya UMNO bukan memperbaiki kelemahan tetapi menghentam pula kenyataan Ulama. Maka, para Ulama yang kecewa ini telah menubuhkan Parti Orang Muslimin Malaya (Hizbul Muslimin).
Hizbul Muslimin kemudiannya diharamkan oleh penjajah British.

2. Perpecahan Melayu kedua tahun 1951
Dato' Onn Jaafar pengasas dan Presiden UMNO pertama telah keluar dari UMNO setelah cadangan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu untuk membentuk perpaduan kaum ditentang hebat. Maka Dato' Onn Jaafar bersama-sama pengikutnya telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951.
Akibatnya orang Melayu terpecah dua, satu pihak menyokong UMNO manakala satu pihak menyebelahi IMP. Apa yang dikesalkan, pemimpin UMNO melayan Dato' Onn Jaafar sebagai musuh ketat padahal beliaulah yang bertanggungjawab menubuhkan UMNO. Kemudian, Dato' Onn Jaafar telah membubarkan IMP dan menubuhkan Parti Negara pada tahun 1962.

3. Perpecahan Melayu ketiga tahun 1955
Sekali lagi Melayu berpecah pada 31 Mei 1955. Golongan Ulama di dalam Biro Agama UMNO yang kecewa dengan UMNO kerana tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan telah keluar beramai-ramai dari UMNO dan bergabung dengan Hizbul Muslimin membentuk Persatuan Islam Se-Malaysia yang kemudiannya didaftarkan sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS).
PAS telah didaftarkan di Pulau Pinang dan mempunyai pengikut yang kuat di Gunung Semanggol, Perak dan negeri Pulau Pinang sendiri. PAS kemudiannya bertanding dalam pilihanraya pertama pada tahun 1955 dan berjaya memenangi 1 daripada 52 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Melayu pada waktu itu terpecah kepada 3 kelompok iaitu yang menyokong UMNO, PAS dan IMP.

4. Perpecahan Melayu keempat tahun 1964
Perpecahan Melayu pada tahun 1964 berpunca daripada keputusan Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia. Keputusan Tunku Abdul Rahman dilihat tidak wajar kerana walaupun kerajaan negeri Singapura dikuasai oleh orang Cina melalui Parti Tindakan Rakyat (PAP), tetapi mereka tidak bermaksud untuk merdeka daripada Malaysia.
Malahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Singapura menolak sekeras-kerasnya usul Parlimen untuk mengeluarkan Singapura. Namun, Parlimen yang dikuasai UMNO tetap mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Akibatnya, Singapura tergadai kepada orang Cina. Sepatutnya perselisihan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Singapura diselesaikan secara baik bukan dengan cara emosional dan egoistik serta terburu-buru.
Pada ketika ini UMNO dan PAS teruk bercakaran sehingga timbul isu kafir-mengkafir antara kedua-dua belah pihak.

5. Perpecahan Melayu kelima tahun 1978
Selepas tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, PAS yang ikhlas berjuang menegakkan Islam telah melakukan satu pengorbanan besar apabila menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1972. Penyertaan PAS dalam BN adalah untuk membantu UMNO menyelamatkan 'survival' politik Melayu yang terhakis akibat rusuhan kaum 1969.
Namun, UMNO telah mengkhianati keikhlasan PAS apabila 'menikam PAS dari belakang' pada tahun 1978. UMNO telah menyingkirkan PAS keluar dari BN dengan penuh hina sekali. Bukan itu sahaja, UMNO juga didakwa mencetuskan huru hara di Kelantan sehingga Kelantan diistiharkan darurat dan ditadbir oleh MAGERAN.
Akibatnya, kerajaan PAS Kelantan tumbang dan UMNO berjaya menawan Kelantan buat pertama kali dan memerintah Kelantan dari tahun 1978 hingga 1990. Peristiwa ini menyebabkan ramai pendokong PAS sudah tidak mempercayai lagi UMNO sampai bila-bila.

6. Perpecahan Melayu keenam tahun 1987
Perpecahan orang Melayu paling teruk berlaku pada tahun 1987. Keputusan Tengku Razaleigh mencabar Dr. Mahathir dalam pemilihan UMNO 1987 menyebabkan UMNO terpecah kepada Team A dan Team B. Bukan itu sahaja, perpecahan ini telah diheret ke mahkamah. Akibatnya, Mahkamah Tinggi telah mengharamkan UMNO pada Februari 1988. Berkuburlah UMNO buat selama-lamanya.
Namun, pihak yang masih sayangkan UMNO iaitu Team A telah menubuhkan parti baru iaitu UMNO BARU. UMNO BARU kemudiannya dikenali sebagai UMNO (B) dan kemudiannya hanya dikenali sebagai UMNO sehinggalah ke hari ini. Manakala Team B telah menubuhkan Parti Semangat 46 (S46).
Orang Melayu pada ketika ini telah terpecah kepada 3 kelompok, iaitu satu pihak menyokong UMNO BARU, satu pihak menyokong PAS dan satu pihak menyokong Semangat 46. Namun, PAS dan Semangat 46 telah bergabung di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang telah berjaya menawan semula Kelantan pada pilihanraya tahun 1990.
Semangat 46 kemudian menyertai UMNO pada tahun 1996.

7. Perpecahan Melayu ketujuh tahun 1998
Sekali lagi UMNO menjadi punca kepada perpecahan Melayu apabila Melayu berpecah pada tahun 1998 ekoran pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.
Akibatnya Melayu terpecah kepada 3 kelompok iaitu UMNO, PAS dan Parti Keadilan Nasional (KeADILan). PAS dan KeADILan telah bergabung membentuk Barisan Alternatif (BA) dan menang besar pada pilihanraya tahun 1999 serta berjaya menawan Terengganu dan Kelantan.

Kesimpulan
Jelas, UMNO yang menjadi punca perpecahan bangsa Melayu sejak dari tahun 1948 hingga kini. Idea & Isu kerajaan perpaduan dengan UMNO sungguh tidak relevan. Perpaduan Melayu hanya akan tercapai sekiranya orang Melayu bersatu menyertai parti yang benar-benar memperjuangkan Islam dan Melayu iaitu PAS.

Wallahualam
* rujukan fakta : Wikipedia.com, buku Sa-Belum dan Sa-Sudah 13 Mei tulisan Tunku Abdul Rahman, buku Fadhil Noor tulisan Subky Latiff, buku sejarah UMNO dan buku sejarah PAS.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks