blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kecohnya Indonesia Kalau...

Thursday, June 4, 2009
Jumaat, 2008 Oktober 03 (Kosmo)

Ahmad Abdul Hamid, 46 dari Bagan Serai, Perak mendakwa anak sulungnya, Noor Fadilah, 18 ‘dilarikan’ warga Indonesia, Nasrudin Dahrom, 24 tahun pada 3 September lalu tanpa kerelaan.
Bagaimanapun, laporan akhbar Kosmo 2 September mencatatkan Noorfadilah mengaku rela mengikut bakal suaminya itu ke Desa Kesik, Lombok Timur. Jika di Malaysia, kejadian kahwin lari dianggap perbuatan ‘taboo’, tidak disenangi keluarga dan masyarakat. Mungkin tidak di Indonesia.
Menurut maklumat, pemuda Lombok berjaya melarikan gadis Malaysia dianggap wira di kampung halaman mereka, perlakuan tidak bercanggah dengan adat tempatan.Untuk rekod, setakat ini dipercayai lebih 40 gadis Melayu tempatan ‘dilarikan’ ke Lombok.
(kisah gadis Malaysia dilarikan warga Indonesia)




Selasa, 2009 Jun 03
(Malaysiakini)

Bekas model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot berkata dia tidak lagi sayang kepada suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang didakwa telah menderanya.
"Saya tidak sayang lagi kepada Tengku TT (Tengku Temenggung)," kata Manohara dalam siaran langsung di stesen TV Indonesia, RCTI tengahari tadi.Selain Manohara, turut menyertai dalam siaran langsung itu ialah ibunya - Daisy Fajarina - dan Mohd Soberi Shafii - teman karib Tengku Temenggung Kelantan itu.
Mohd Soberi memberitahun Malaysiakini, Manohara menyuarakan perasaan itu sewaktu siaran langsung tersebut."Saya menyertai siaran langsung itu melalui telefon dari Kuala Lumpur," katanya.Menurut Mohd Soberi manohara menyatakan dia tidak lagi sayangkan suaminya ketika menjawabnya mengapa dia membuat dakwaan didera oleh Tengku Temenggong Kelantan.
Selepas mengungkapkan kata-kata penuh emosi itu, Mohd Soberi berkata, beliau kemudiannya kepada Manohara: "Apakah selama ini, tidak pernah sekali pun kamu sayang padanya (Muhammad Fakhry Petra)?. "Bagaimanapun Manohara tidak menjawab soalan itu. Dia mendiam diri," katanya.
(kisah model Indonesia dilarikan Sultan Malaysia)

Dah berpuluh anak gadis Malaysia dilarikan ke Indonesia, hidup berdasarkan cinta tetapi hakikatnya di sana menderita. Hidup susah,kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Apabila selamat kembali ke Malaysia.Tidak pula menyalahkan kerajaan Indonesia dan media segala...TAPI,
Bila seorang anak gadis Indonesia yang kahwin dengan kerabat raja dari Malaysia,hidup bagai ditatang minyak yang penuh.Bila lari balik ke Indonesia...nah! Hendak menyaman kerajaan Malaysia dan media kerana kononnya diseksa dan didera Pulak dah!.
Lu orang pikir la sendiri!


Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks