blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bila Non Muslim Membaca Al-Quran

Wednesday, June 3, 2009
Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :

Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu:
1. Sembahyang ditinggalkan.
2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.
3. Orang jahat jadi pemimpin.
4. Tidak amanah dan zalim.
5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6. Perkara haram dihalalkan.
7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dari aqidah Ahlussunnah Waljama'ah.
8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).

AL-ISLAM : Bagaimana Datuk Seri melihat secara umum tentang hukum bukan islam membaca al-Quran ?
HARUSSANI : Jika seseorang bukan Islam itu membaca al-Quran dengan tujuan untuk masuk agama Islam maka ia dibenarkan. Begitu juga jika tujuan tersebut untuk mencari kebenaran agama, ia juga dibenarkan. Namun jika sebaliknya, ia tidak dibenarkan islam.

AL-ISLAM : Bagaimana pula dengan isu Nga Kor Ming, seorang pemimpin DAP Perak yang membacakan al-Quran dalam ceramahnya di Bukit Gantang, baru-baru ini? Adakah ia dibenarkan orang bukan Islam membaca al-Quran ?
HARUSSANI : Dalam hal ini saya katakan tidak boleh dia membaca al-Quran. Dia membaca ayat al-Quran dalam kempen pilihan raya. Jadi jika untuk tujuan kempen pilihan raya, ia tidak dibenarkan. Bagaimana pula dia berkempen dengan menggunakan ayat al-Quran sedangkan dia tidak percayakan Islam. Partinya, DAP suatu ketika dulu pernah menyatakan, langkah mayat saya dahulu jika hendak melaksanakan Islam. Jadi, bagaimana hendak dikatakan mereka percaya pada Islam. Jadi sebab itulah saya beranggapan bahawa tujuan mereka membaca ayat al-Quran bukan untuk mencari kebenaran. Jadi ia tidak boleh dibaca.
AL-ISLAM : Kenyataan Datuk Seri itu mungkin ada benarnya kerana isu ini turut menjadi heboh kerana Nga Kor Ming dikatakan telah pun membaca ayat al-Quran dalam keadaan salah bacaannya, sebutannya, makhraj dan juga tajwidnya.
HARUSSANI : Sepatutnya kalu tidak tahu, jangan baca. Mereka tidak boleh baca al-Quran jika mereka tidak tahu membaca. Malah kita sebagai orang Islam juga tidak boleh baca, jika kita tidak tahu membacanya.


AL_ISLAM : Apabila gempar isu YB Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran, kami diberitahu bahawa Ustazlah yang menjadi tempat rujukan kepada beliau. Adakah benar hal ini?
AHMAD AWANG : Perkara ini bermula selepas pilihan raya umum yang lalu. Saya dijemput untuk berucap di sebuah dewan Cina yang dihadiri ratusan orang Cina. Di dalam majlis itu saya membawa beberapa tafsir al-Quran dalam bahasa Cina dan lain-lain bahasa.
Saya membacakan surah al-Maidah ayat 8, yang memberi makna perintah Allah kepada orang beriman supaya berlaku adil kepada semua manusia dan larangan Allah terhadap orang yang tidak berlaku adil kepada sesuatu kaum d isebabkan bencinya kepada kaum tersebut. Selepas membaca ayat tersebut, saya menyuruh pengerusi majlis, Dr. Lee Boon Chew membaca terjemahannya dalam bahasa Cina.
Selepas majlis selesai, saya didatangani oleh ramai hadirin berbangsa Cina yang mahukan tafsir al-Quran dalam bahasa Cina tersebut. Maka bermulalah orang bukan Islam di Perak termasuk Nga Kor Ming mempelajari Islam daripada saya.
AL-ISLAM : Adakah terdapat keterangan yang menunjukkan Islam membenarkan orang bukan Islam dibenarkan membaca Al-Quran ?
AHMAD AWANG : Al-Quran diturunkan sebagai 'Hudallinnas' petunjuk kepada seluruh manusia. Nabi Muhammad SAW manusia awal menjadi Muslim. Umar menerima Islam setelah menampar adiknya yang membaca al-Quran. Lalu dibacanya ayat al-Quran dan dia mendapat hidayah walaupun tujuan asalnya untuk menegah adiknya membaca al-Quran.
Al-Quran mukjizat terbesar. Apabila dia membacanya, maka akan dapat satu perasaan yang boleh membuka hati mereka. Nabi Muhammad SAW ketika menghantar surat kepada Kaisar Rom, Hercules yang bukan beragama Islam, Nabi menulis ayat al-Quran di atas surat tersebut. Nabi tulis dengan tujuan supaya Hercules baca ayat tersebut. Jadi Nabi tidak tahu sama ada Hercules suka atau tidak, dia menhina atau tidak sebab dia kafir. Jadi, adakah Nabi tahu niat Hercules baca ayat tersebut. Jadi berdasarkan hal ini, menunjukkan tidak ada keterangan yang Islam melarang non-Muslim membaca al-Quran. Yusuf Islam menerima Islam bukan disebabkan seruan dakwah daripada orang Islam, tetapi setelah membaca al-Quran.

AL-ISLAM : Apakah tujtuan YB membaca al-Quran di dalam ceramah di Bukit Gantang?
NGA KOR MING : Tujuan saya untuk menangkis serangan musuh politik kami yang mengatakan Datuk Seri Nizar sebagai boneka yang gadaikan Melayu disebabkan meluluskan tanah Kampung Baru. Saya bacakan ayat suci al-Quran, ayat 90 surah An-Nahl yang memberitahu, diperintahkan berlaku adil kepada seluruh manusia tanpa membezakan kaum atau agama. Nizar bukan sahaja beri tanah kepada Cina, tetapi lebih besar diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Kampung Tersusun milik orang Melayu. Inilah keadilan yang al-Quran perintahkan
AL-ISLAM : DAP dikatakan menolak Islam. Karpal Singh pernah mengatakan langkah mayatnya dulu jika hendak laksanakan Islam. Jadi, bagaimananYB yang juga salah seorang pemimpin tertinggi daripada DAP hendak belajar Islam dalam keadaan seperti ini?
NGA KOR MING : Karpal mengatakan begitu jika dilaksanakan Islam atau undang-undang Islam ke atas orang bukan Islam. Bukan menentang orang Islam hendak amalkan Islam. Ini yang ditentang, kerana Islam sendiri tidak paksa bukan Islam terima ajarannya. Semua ini merupakan dasar pecah perintah pihak lawan.
Mereka bertemu dengan orang Cina dan mengatakan, jika Kelantan, Terengganu dan Malaysia diperintah oleh pembangkang, maka akan dipotong tangan-tangan mereka yang mencuri. Padahal kita tahu hukum Islam itu hanya untuk orang Islam. Dasar ini menakut-nakutkan bukan Islam. Tetapi hari ini tembok tersebut telah pecah. Kami sudah memahami ajaran Islam yang sebenar yang adil kepada semua kaum.
Korang bacalah sedutan temubual majalah AL-ISLAM dengan 3 individu ini dan fikirkan...
Inilah bahana bila pemerintah jenis sekular yang mengamalkan politik lain,agama lain.Bila bab politik tak boleh baca al-Quran.Yang sedihnya seorang mufti mengeluarkan kenyataan itu.Macam mana nak berdakwah kalau al-Quran tak boleh dirujuk.Korang pikir la sendiri..

Read Full 0 comments

Bloggers Pakatan Rakyat

SAH!....Sah semalam aku disenaraikan dalam Team Blog Pakatan Rakyat. Marilah kita sama-sama ber "blog". Lihat screen shot di bawah. Tq pada moderator. Kira aku sekapal dengan senior bloggers seperti perak express,pink turtle & seangkatan dengannya.Terima kasih..

Tu dia...nama blog aku dalam list lalala..

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks