KERATAN Kosmo! 1/6/2009
PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas berhubung kesilapan dalam pengumuman senarai akhir kemasukan pelajar ke Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi 2009/2010 berkuat kuasa semalam.
Penubuhan jawatankuasa itu diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Omar Abdul Rahman dan akan menyiasat serta mengenal pasti punca kesilapan teknikal yang berlaku di universiti itu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau memandang serius perkara tersebut dan mengarahkan sebuah jawatankuasa ditubuhkan kerana ia perlu disiasat secara telus bagi mencari punca kesilapan yang berlaku.
(sumber : Kosmo! 1/6/2006)
Kerajaan yang membuat kesalahan semacam ini solah-olah mencurahkan minyak pada api kemarahan rakyat yang sedia marah dengan kerajaan sekarang.