blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Thursday, November 19, 2009

Seorang Janda Somalia, 20, Direjam Hingga Maut Setelah Mengaku Mempunyai Hubungan Sulit Dengan Teman Lelaki

Seorang wanita digambarkan sedang siap sedia untuk direjam (gambar fail lakonan semula).


Seorang Janda dari Somalia berumur 20 tahun telah direjam hingga menemui maut setelah mengaku dia menjalin hubungan sulit, kata seorang hakim.

Wanita janda ini - walaupun dia tidak lagi berkahwin, tetapi dilihat sebagai zina mengikut tafsiran pemerintah Islam di Somalia menurut undang-undang Shariah.

Hukuman ini dijalankan dengan menanam badan wanita itu sehingga ke paras pinggangnya di hadapan sekumpulan 200 orang dan direjam sehingga menemui maut.

Teman lelakinya yang belum berkahwin dikenakan 100 sebatan.

Sheikh Ibrahim Abdirahman, hakim jemaah al-Shabab, berkata wanita itu dihukum semalam di hadapan sekumpulan 200 orang berhampiran bandar Wajid.

Abdirahman berkata wanita berumur 20 tahun melakukan hubungan sulit dengan seorang lelaki bujang berumur 29 tahun sehingga melahirkan untuk seorang bayi tidak cukup bulan.

Kumpulan yang dituduh militan oleh barat ini menguasai selatan Somalia dan dikaitkan dengan kumpulan al Qaeda telah melaksanakan undang-undang Shariah Islam.

Hukuman rejam sampai mati dijalankan sekurang-kurangnya empat kali bagi hukuman perzinaan di Somalia sejak tahun lepas

Ini merupakan kali kedua bagi pesalah perempuan.

3 comments:

Aidi-Safuan said...

wahhh...kalo camnih kat malaysia,konfem takde saper berani nak buat hubungan sulit lagi da

Ben Sedqi said...

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Hanya hukum Islam sahaja yang adil!.....lepas ni cuba kita tanya kat tempat mereka, ada tak yang berani nak berzina? bukan macam kat negara kita.......zina, buang anak......bersepah2!

author faethal said...

Betul..
Kat Malaysia bersepah-sepah buang anak..
Yang tolak undang-undang Islam tu jawab la di SANA,
Tu sebab hukumnya WAJIB bagi kita menyokong golongan yang cenderung kepada ISLAM..
Wallahua'lam

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks