blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera

Monday, October 14, 2013

IPOH : Sembilan warga pelancong Singapura telah diserang oleh seekor lembu yang mengamuk di tengah-tengah pusat bandar di sini.

Kumpulan pelancong bersama-sama pemandu mereka ketika itu sedang menikmati tau fu fah di sebuah gerai di Jalan Raja Musa Aziz ketika haiwan mengamuk itu muncul dan mula menyerang mereka pada kira-kira jam 4.00 petang semalam.

Seorang suri rumah H.P. Tan berkata, kejadian itu menyebabkan empat orang ahli kumpulan yang tercedera, termasuklah suaminya yang berusia 74 tahun kerana terjatuh dan mengalami luka-luka di telinga, jari dan lengan .

"Suami saya trauma dengan serangan itu," katanya.

Rakan mereka , Iris Teng berkata lembu telah memijak dada kakaknya setelah terjatuh.

"Kami masih belum mengetahui tahap kecederaan beliau," katanya ketika ditemui dan sedang menunggu di luar Unit Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun pada kira-kira jam 6 petang.

Dua lagi rakan-rakan yang lain mengalami lebam dan luka menurut Teng.

"Kami sering pergi ke Ipoh beberapa tahun kebelakangan ini. Kami juga pergi ke Cameron Highlands pada hari Isnin.

"Ia sepatutnya menjadi satu perjalanan yang baik tetapi bertukar menjadi satu pengalaman yang dahsyat, " katanya.

Menurut seorang saksi, selepas menyerang pelancong, lembu tersebut berlari-lari berdekatan Jalan Yau Tet Shin, di mana terletaknya sebuah restoran popular di Ipoh sebelum ke Jalan Sultan Iskandar sambil diekori anggota polis dan pegawai-pegawai Pertahanan Awam Jabatan.

Haiwan itu akhirnya terperangkap dan lemah apabila ia memasuki kawasan Elim Gospel Hall di Jalan Chung Thye Phin.

Akhirnya diketahui bahawa lembu yang sepatutnya bakal dijadikan korban Aidiladha ini telah melarikan diri dari kandang yang terletak kira-kira 5km dari tempat kejadian.
Read Full 0 comments

Menara TAMING SARI ROSAK 45 Minit

Thursday, October 3, 2013

MELAKA - Seramai 15 penumpang yang menaiki Menara Taming Sari, Banda Hilir di sini berdepan detik cemas apabila menara berputar setinggi 110 meter itu terhenti hampir 45 minit akibat berlaku kerosakan malam tadi.

Kejadian berlaku pada pukul 10.45 malam itu, ketika pengunjung termasuk empat kanak-kanak sedang menikmati pemandangan bandar raya Melaka sewaktu menara berputar itu mula turun.

Walau bagaimanapun, pada ketinggian 60 meter secara tiba-tiba menara berputar itu terhenti menyebabkan kesemua pengunjung terperangkap selama 45 minit.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad, Nazary Ahmad berkata, kerosakan pada kabel optik yang menghantar isyarat kepada sistem komputer bagi mengawal perjalanan naik dan turun menara itu menjadi punca menara itu terhenti.



"Kakitangan bertugas mengubah sistem kawalan melalui komputer kepada sistem manual untuk menurunkan menara itu ke bawah tetapi mengambil masa yang agak lama," katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nazary berkata, menara itu berjaya diturunkan sepenuhnya kira-kira pukul 11.30 malam tadi dan kesemua penumpang dapat dikeluarkan dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, walaupun mengalami masalah teknikal namun bekalan elektrik ke menara berputar itu tidak terganggu, cuma alat pendingin hawa tidak boleh digunakan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar tidak bimbang ekoran kejadian yang berlaku kerana menara tersebut mempunyai sistem kecemasan yang membolehkan menara berputar dibawa turun secara manual jika berlaku kerosakan teknikal.

Kata beliau, pihaknya kini sedang berusaha mengatasi masalah tersebut dan Menara Taming Sari dijangka beroperasi semula dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Yazid Mohd. Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 10.45 malam dan tiga jentera bersama 15 anggota dihantarkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata, anggotanya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan seandainya sistem kedua menara ini gagal berfungsi.

"Bagaimanapun, sistem kedua ini berfungsi dengan baik dan menara dapat dibawa turun sepenuhnya pada pukul 11.30," katanya.

Read Full 1 comments

TIKUS GERGASI 5 KG Berjaya Ditangkap PETANI


BEIJING - Seorang petani di China telah berjaya menangkap seekor tikus yang dipercayai sebagai tikus paling panjang dan terbesar yang pernah ditemui ada penduduk kampung dan telah memakan ikan - ikan ternakan milik mereka.

Haiwan mengerikan yang beratnya sepuluh kali ganda berbanding berat tikus biasa itu, pertama kali terlihat menyambar seekor ikan seberat 3kg dari sebuah kolam di sebuah kampung di Shaoyang, Hunan, China.

Tikus besar itu diihat masuk ke dalam kolam dan menyeret ikan besar itu ke tebing sebelum menelan keseluruhan ikan dengan rahangnya yang sangat besar.

Petani tempatan kemudian bekerjasama dalam usaha untuk menangkap tikus besar itu, yang telah menimbulkan kegusaran di antara penduduk kampung.

Para petani akhirnya berjaya memerangkap tikus besar, sebelum membunuhnya, menurut laporan shanghaiist.com.


Namun ketika mereka cuba untuk memasak tikus besar itu, mereka mengalami kesukaran. Dua bilah pisau patah ketika hendak memotongnya kerana haiwan tersebut memiliki daging dan tulang yang tebal.

Tikus adalah makanan tradisi di Guangdong, China Selatan, di mana daging tikus biasanya disajikan setelah direbus atau dimasak sup. Tikus juga biasa dipanggang dan digantung bersama itik di sana.

Tikus, binatang yang biasa dikenali sebagai pembawa penyakit berbahaya ini dipercayai tiga kali lebih berkhasiat berbanding ayam .

Pada bulan Mei lalu, di Shanghai berlaku satu kontroversi setelah daging tikus ditemui bercampur dengan daging kambing .

Menurut angka yang dikeluarkans oleh Majlis Keselamatan China,  lebih dari 900 orang ditahan kerana skandal tersebut.

Di antara mereka yang ditahan 63 orang daripadanya dipercayai telah membeli musang, cerpelai, tikus dan beberapa daging lain dan diproses dengan aditif seperti gelatin.

Mereka kemudian menjual daging tersebut di pasar petani pasar Shanghai dan di Jiangsu di bawah label  daging kambing.

Beberapa tahun kebelakangan ini China telah dikritik kerana skandal berkaitan makanan dan kurangnya peraturan mengenai makanan.

Skandal lain seperti susu yang tercemar dengan bahan kimia industri melamin dan hasil tanaman padi yang tercemar dengan logam berat, seperti aluminium.

Read Full 0 comments

Rantai PERMATA PALING MAHAL (RM177 JUTA) Bakal Dipamerkan Di SINGAPURA

Friday, September 27, 2013

SINGAPURA - Rantai paling mahal di dunia - bernilai USD 55 juta (RM177 juta) bertatahkan 1,044 karat berlian - akan membuat kemunculan pertamanya di Asia apabila dipamerkan di Singapura.

Dinamakan L’Incomparable dan dicipta oleh tukang emas antarabangsa Mouawad, kalung ini mencipta Rekod Dunia Guinness pada bulan Januari lalu sebagai "yang paling berharga." Ia akan dipamerkan dari 11-15 Oktober di Ngee Ann City Civic Plaza sebagai sebahagian daripada lawatan global kepada kumpulan bakal pembeli sasaran.

Diikat dengan 91 berlian dan permata utama bewarna kuning yang dikatakan "berlian terbesar paling sempurna di dunia" dengan berat 407.48 karat 18K emas.

Pameran ini adalah antara sebahagian daripada acara 11th Singapore JewelFest yang akan berlangsung dari 11 Oktober - 20 Oktober, yang akan mempamerkan pelbagai barangan kemas wanita bernilai USD 250 juta (RM805 juta) - dua kali ganda nilainya berbanding pameran edisi tahun lalu.

L’Incomparable dibawa masuk untuk meraikan pembukaan butik kedua Mouawad di Singapura pada akhir tahun ini, dan juga merupakan pengiktirafan reputasi bandar negeri ini sebagai destinasi membeli-belah terkemuka, menurut pengarah program Festival JewelFest Angela Loh-Bem.
Read Full 0 comments

HIDUNG Tumbuh ATAS DAHI

Thursday, September 26, 2013


CHINA - Seorang lelaki di China kini memiliki hidung baru yang tumbuh di dahinya.

Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Xiaolian, menjalani rawatan untuk membuat hidung gantian bagi hidung asalnya yang telah tidak berfungsi kerana mengalami jangkitan pada tulang rawan selepas kemalangan.

Prosedur ini telah dijalankan di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Lelaki malang ini mengalami kerosakan pada hidungnya selepas terlibat dalam satu kemalangan pada Ogos 2012 tetapi tidak mendapatkan rawatan.

Akibatnya, jangkitan kuman yang berlaku pada hidungnya yang sudah merebak menyebabkan pakar bedah tidak dapat membaikinya.


Seorang doktor memeriksa hidung asalnya yang rosak kerana dijangkiti kuman sebelum menggantikannya dengan hidung baru- hidung yang ditanam oleh pakar bedah pada dahinya.


Para doktor tidak mempunyai pilihan lain melainkan terpaksa membuat hidung baru sebelum memindahkannya ke tempat asal hidungnya yang rosak itu.

Hidung baru itu dicipta dengan meletakkan tisu kulit pada dahi Xiaolian. Tisu itu dibentuk menjadi bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada tulang rusuk.

Menurut doktor, perkembangan hidung baru lelaki ini sangat baik dan pembedahan pemindahan akan dilakukan tidak lama lagi.



Kredit : Reuters
Read Full 0 comments

5 DNA Ditemui Pada SELUAR DALAM

Tuesday, September 24, 2013
Kpl Nik (kanan) dan Kons Syahiran keluar daripada Mahkamah Sesyen Butterworth di Pulau Pinang. - kredit MUSTAFA AHMAD


BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen di sini mendengar bahawa lima set air mani milik individu yang berbeza terdapat pada seluar dalam seorang wanita Indonesia yang mendakwa telah dirogol oleh tiga anggota polis.

Padillah Yahya, 39, seorang ahli kimia di Jabatan Kimia negeri memberitahu mahkamah bahawa kesan air mani tersebut adalah milik Kons Syahiran Romli, 22, Kpl Nik Sin Mat Lazin, 33 Kons Remy Anak Dara, 26, dan dua lagi lelaki yang tidak dikenali.

"Kami turut menemui sampel DNA Syahiran, individu lelaki ketiga dan keempat yang tidak dikenali serta seorang perempuan yang tidak dikenali pada cadar yang diambil dari berek polis di balai polis Prai," katanya.

Beliau menambah bahawa sampel DNA lelaki ketiga juga ditemui pada tuala yang diambil dari berek yang sama.

Padillah memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi bahawa sampel tersebut ditemui daripada 19 barangan yang telah diserahkan kepadanya untuk diuji pada 14 Nov tahun lepas.

Barang-barang tersebut termasuklah baju milik mangsa yang 26 tahun, air mani, sampel darah dan rambut.

Ketiga-tiga anggota polis telah didakwa merogol wanita itu di dalam Bilik 4, berek balai polis Prai antara jam 6:40-7:30 pagi pada 9 Nov tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Perbicaraan akan disambung pada 28 Nov.
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks